BAB 10 :PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Penasihatan murid ini berkait rapat dengan kaunseling. Kaunseling ialah perbincangan mengenai masalah seseorang yang biasanya berbentuk emosi. Perbincangan ini melibatkan kaunselor dengan pelajar supaya masalah yang wujud itu dapat ditangani dengan baik. Khidmat kaunseling di sekolah bermula pada tahun 1968, ketika itu dikenali sebagai ‘khidmat bimbingan’.
Kaunseling cuba membentuk kesihatan mental manusia supaya dapat berfikir dengan lebih positif tentang orang lain serta dapat memenuhi tuntutan hidup. Bukan itu sahaja, kaunseling juga penting untuk membantu seseorang dari segi motivasi dan strategi yang betul dalam membuat sesuatu perkara.


Tiga komponen pengurusan penasihatan murid :

1. BIMBINGAN
Ø  Merujuk kepada program membantu pelajar dengan memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam membuat sesuatu perkara. - Juga merupakan proses membantu pelajar memahami dan mengenali dunia mereka.

Peranan Pembimbing
§  Membantu mengembangkan kebolehan seseorang
§  Menolong individu untuk menyusuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
v  Ciri-ciri Pembimbing
v  Mempunyai pengetahuan yang tinggi
v  Mempunyai konsep kendiri yang positif
v  Ikhlas dalam membantu orang lain
v  Mempunyai komitmen yang tinggi

2. PENASIHATAN
v  Penasihatan memfokuskan kepada masalah yang dihadapi dan ia merupakan strategi yang paling
efektif dalam penyelesaian masalah.
v   Penasihatan ini berbentuk arahan dan juga suruhan.

Peranan Penasihatan
§  Mencari strategi yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah
§  Untuk membentuk arahan dan suruhan

Proses Bimbingan dan Penasihatan :
Ø  Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
Ø  Mengawal kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
Ø  Proses mengenali pelajar
Ø  Proses membimbing pelajar
Ø  Analisis penilaian

3. MENTORING
Ø  Proses membantu pelajar oleh guru yang berpengalaman.
Ø  Proses memberi sokongan dan galakan secara professional dalam usaha membangunkan diri pelajar.
Ø  Proses ini melibatkan mentor dan mentee

KESIMPULAN

Unit bimbingan dan kaunseling ini amat diperlukan di sekolah. Ini kerana unit ini mempunyai peranan yang sangat penting bagi murid dan juga sekolah dalam membentuk suasana dan keadaan yang sihat dan harmoni.


Comments

Popular Posts