BAB 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah- Pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan
• Persekitaran sekolah- Kawasan disekeliling sesuatu tempat
membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah
• Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat
sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga
membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
CIRI-CIRI PERSEKITARAN SEKOLAH YANG BAIK
• Suasana selesa dan mesra
• Suasana yang merangsang pembelajaran
• Menggalakkan pembelajaran koperatif
• Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
• Memberi peluang yang sama kepada semua murid
Faktor luaran dan
dalaman sekolah
v
Di sekolah, tiga pihak yang secara
langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
v
Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar
melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
v
Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar
sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
v
Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial,
etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di
sekolah.
v
Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya
kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang
kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
v
Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi
pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan.
Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi
pencapaian akademik dan sahsiah.
v
Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif
dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya
Hubungan antara pihak sekolah dengan pihak di luar
sekolah
Ø
Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara
pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga,
komuniti-komuniti dalam masyarakat.
Ø
Pengetua adalah individu yang secara idealnya
perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu
oleh guru-guru lain di sekolah.
Ø
Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat
membantu menjayakan program-program sekolah.
Ø
Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti
sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.
Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)
Ø
Ibu bapa
hendaklah menjadi role model kepada
anak.
Ø
Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG
adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
Ø
Hubungan
yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke
semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang
dihadapi
Ø
Kepakaran
dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan.
Ø
Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda,
menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.
Ø
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap
perkembangan sesebuah sekolah.
Ø
Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah
sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.
Ø
Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan
sekolah yang terbilang.
Ø
Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan
KESIMPULAN
Hubungan
antara sekolah dengan persekitaran ini amat penting dan ia memberi
kepentingan dalam memajukan sekolah. Hubungan ini amat membantu dalam perkembangan
murid murid dan sekolah tersebut.
Comments
Post a Comment