BAB 2:INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Definisi interaksi : Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.

Jenis-Jenis Interaksi

·         Sehala
** Melibatkan guru sahaja yang yang mengajar dan guru sebagai watak utama dalam kelas.

·          Dua hala
** Melibatkan guru dan pelajar saling aktif dalam kelas. Guru boleh bertanya dan pelajar turut digalakkan untuk bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan.

·         Dalam kumpulan
** Pelajar akan diberikan kumpulan dan mereka akan berbincang sesama ahli kumpulan sahaja. Tugas guru adalah sebagai pemudah cara sahaja.

·         Antara kumpulan
** Interaksi ini adalah apabila setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan yang lain. Interaksi ini melibatkan keseluruhan kelas. Kumpulan yang lain bole memberikan pendapat masing-masing.

·         Interaksi Sosial
** Melibatkan masyarakat yang lebih besar kuantitinya. Melibatkan pelbagai lapisan umur.

KOMUNIKASI

Definisi:
Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar ke sumber penerima.
Proses interaksi untuk menyampaikan maklumat.
Segala perlakuan dan tindak balas adalah dapat dilihat melalui interaksi.

Bentuk Komunikasi
·         Komunikasi Lisan
·         Komunikasi Bukan Lisan
·         Komunikasi Persuratan
·         Komunikasi Visual

Jenis Komunikasi
·         Komunikasi Intrapersonal
·         Komunikasi Interpersonal
·         Komunikasi Kumpulan
·         Komunikasi Organisasi

RUMUSAN
v  Setiap guru perlu tahu jenis interaksi yag sesuai digunakan.
v  Setiap interaksi mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.
v  Transformasi pendidikan menekankan interaksi yang baik antara guru dan murid.
v  Setiap guru perlu mengetahui teknik komunikasi yang betul.
v  Interaksi dan komunikasi adalah asas kepada pembelajaran.

KESIMPULAN
Interaksi dalam proses pembelajaran menekankan bahawa interaksi sosial membentuk realiti. Manusia pula memainkan peranan yang mereka telah pilih dan sesuai mengikut situasi. Ianya juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan dan akan mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.



Comments

Popular Posts