BAB 11 :PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Definisi Budaya

v  Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).

Definisi Pelbagai Budaya

v   Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity


Masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.
Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi

Melting Pot II: Ethnic Synthesis

Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain

Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)

Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya Berkesan


v  Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.
v  Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
v  Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif
v  Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

Pendekatan Pelaksanaan Pendidikan Pelbagai Budaya

v  Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.
v  Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.
v  Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.
v  Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah
v  Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.
v  Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah.
v  Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.
v  Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat.
v  Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya.
v  Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain.
v  Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber

Dasar Pendidikan Pelbagai Budaya

v  Laporan Barnes (1951)
·    "matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum"

v  Laporan Fenn-Wu (1951)
·    "dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“

v  Ordinan Pendidikan 1952
·       "matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil".

v  Akta Pendidikan 1961
·       " ... sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini."

KESIMPULAN
Melalui pengurusan pelbagai budaya ini, perpaduan kaum dapat dicapai dan keharmonian serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. apabila setiap kaum bersatupadu, negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.


Comments

Popular Posts