BAB 13 :PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Objektif implisit 
Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
·         Memahami
·         Mengetahui
·         menghargai sesuatu yang telah diajar

Buku rekod mengajar
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
1.Rancangan Pelajaran Tahunan
2.Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan. isi ringkas rancangan pengajaran  berdasarkan sukatan -sukatan  kebangsaan

Perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P)

Set Induksi
- Langkah permulaan dalam proses P&P
- Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar
- Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang
   berkaitan, gambar atau bunyi

Perkembangan P&P
- Penyampaian isi pelajaran
-Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal
- Penggabung jalinan
- Penyerapan, Pengukuhan &Pengayaan
- Pemulihan &Penilaian
- Hasil pembelajaran murid

Penutup
Aktiviti yang dijalankan seperti :
1) susulan
2)penilaian objektif pengajaran
3)membuat kesimpulan
4)rumusan

KAJIAN DI SEKOLAH

Definisi kajian
Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analisis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.

Kajian Kes Pengurusan Pendidikan

Rasional
kajian kes bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti. Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).


PROGRAM PERANTIS GURU 1 & 2

Konsep
Ø  Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
Ø  Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ø  Pendedahan awal

Objektif

Program ini memberi peluang kepada guru:
v  Menyesuaikan diri
v  Meninjau persekitaran
v  Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana
v  Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
v  Merekod pengalaman melalui folio
v  Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan

Peranan & tanggungjawab guru pelatih
v   Hadir  taklimat
v   Faham objektif
v   Lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah
v   Mengamalkan etika
v   Membantu guru dalam kokurikulum
v   Mengumpul maklum balas
v   Menyediakan folio PPG
v   Menyerahkan borang rumusan serta folia kepada pensyarah
v   Perbelanjaan tanggungan sendiri
  PPG 2 guru pelatih diminta mengajar dan sediakan P&P

Garis panduan,Peranan dan tanggungjawab pihak sekolah
v  Bekerjasama dengan pihak UPSI
v  Melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping
v  Membantu guru pelatih menyesuaikan diri
v  Membantu mengumpul maklumat sekolah
v  Beri peluang membuat pemerhatian semasa P&P guru berpengalaman berlangsung
v  Awasi displin dan kehadiran guru pelatih
v  Melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke UPSI
v  Menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke UPSI

Peranan dan tanggungjawab guru pendamping
1.       Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan
2.       Memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari masa ke semasa
3.       Menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan

Peranan dan tanggungjawab pensyarah bimbingan
v  Menjelaskan konsep, objektif dan tugasan PPG
v  Menyemak folio serta dokumen lain yang berkaitan
v  Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam folio untuk perbincangan
v  Membuat rumusan
v  membuat lawatan jika perlu
v  Menyimpan rekod penilaian PPG

Aspek-aspek yang difokus semasa menjalani PPG
Ø  Interaksi dan komunikasi
Ø  Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
Ø  Pengurusan bilik darjah
Ø  Perancangan dan pengajaran
Ø  Amalan refleksi
Ø  Sikap dan sahsiah

KESIMPULAN
Setiap calon guru perlulah merancang dan membuat persediaan yang cukup sebelum memasuki alam pekerjaan sebagai seorang guru. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. sebagai contoh kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai.


Comments

Popular Posts