BAB 3:PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI : Proses merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).
KEPENTINGAN
1.Menambah pengetahuan
2.Meningkatkan mutu amalan kerja guru
3.Menambahkan produktiviti
4.Mendapatkan keredaan Allah
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran
aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003).
Meliputi aspek pembelajaran, tingkah laku dan disiplin,
fizikal.
STARTEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Berpusatkan guru
a.Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.
b.Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.
c.Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan
serta soalan-soalan yang diberi oleh guru
Berpusatkan bahan
a.Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa
yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
b.Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti
dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
c.Pengajaran dijalankan secara individu atau
kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
Berpusatkan pelajar
a.Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa
yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya.
b.Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam
aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.
c.Pengajaran dijalankan secara individu atau
kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.
KESIMPULAN
Pengurusan pembelajaran penting kerana dari pengurusan
menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Pengurusan juga meningkatkan mutu amalan
kerja guru serta pengurusan yang cekap menambahkan produktiviti dan mendapat
keredhaan Allah S.W.T
Comments
Post a Comment