BAB 5:PENGURUSAN MURID
Definisi Pengurusan
Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar
dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah
pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara
cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. “Pengurusan adalah proses
untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan
ahli organisasi.“ (Michael & Jones 2000)
Definisi Murid
Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi
asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun
mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah mahupun
dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada
Tujuan Mengurus Rekod Murid
v
Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
v
Kemaskini profil murid
v
Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah
dan tingkah laku pelajar
v
Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan
pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERI)
v
Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami
kemajuan dan kebolehan anak mereka.
v
Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk
mengetahui potensi diri masing-masing.
PERSEDIAAN MURID UNTUK BELAJAR
Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu
yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi
pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan
secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya
(Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan
peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis,
mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan,
perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
MEMOTIVASIKAN MURID
Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat
seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku
yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara
berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin
mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan
tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan
memenuhi kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada
kefahaman , perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras
dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang
dilaksanakan.
KESIMPULAN
Pengurusan murid ini merupakan pengajaran yang amat penting
buat para guru dan bakal guru dalam mengendalikan pelajar di dalam kelas.
Comments
Post a Comment