BAB 9 :PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Disiplin bermaksud peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Ia juga bermaksud proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna.
Tingkah laku bermaksud apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang. Ia boleh diperhati, diukur dan dinilai. Berbagai cara disiplin dijalankan seperti mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam, dan peperiksaan. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.

Teori
Ø  Teori fungsionalisme: Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.

Ø  Teori konflik: Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.


Ø  Teori interaksionisme: Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.


Pengenalan SSDM
Ø   Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada.
Ø   Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan.
Ø  Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

Tujuan SSDM
·         Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
·         Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
·         Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
·         Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
·         Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

Peranan Dan Tugas

Guru
Ø  Melaporkan Kes salah laku dan Amalan Baik

Ketua Guru Disiplin / GPK HEM
Ø  Menentukan kesahan kes dan mencadangkan tindakan
Ø  Memberi ruang ‘membela diri’ kepada murid
Ø  Menjalankan mesyuarat Lembaga Disiplin untuk menetapkan hukuman
Ø  Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

Pengetua
Ø   Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan, atau meminda tindakan, dan membuat pengesahan
Ø    Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
Ø  Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan
Ø  Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah


KESIMPULAN

v  Disiplin murid merupakan aspek yang sangat ditekankan dan diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
v  Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas, terdapat banyak langkah-langkah dan peraturan disiplin yang telah dinyatakan oleh KPM bagi memastikan kelancaran pengurusan disiplin di sekolah.
v  Guru perlu bijak dalam menangani murid yang melakukan devian atau masalah disiplin.

Comments

Popular Posts