PERBINCANGAN DAN RUMUSAN( STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN)


PERBEZAAN DI ANTARA PENGURUSAN BILIK DARJAH DI DALAM MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA

DI US (UNITED STATE)





Ini adalah cara penyusunan kerusi meja para pelajar di dalam kelas di US.
•Guru menyusun meja dengan meletakkan meja dalam bentuk kumpulan supaya para pelajar lebih senang untuk melakukan perbincangan semasa pembelajaran berlangsung
Semua  pelajar di dalam kelas dapat menumpukan perhatian kea rah papan putih kerana susun aturnya yang strategik
Meletakkan satu bekas di setiap meja untuk memudahkan guru mengagihkan bahan untuk kerja berkumppulan dan bekas itu dapat digunakan untuk mengisi bahan bahan pengajaranlain yang berfaedah

KOREA



Di Korea,Pihak sekolah meletakkan loker untuk para pelajar di setiap kelas untuk memudahkan 
para pelajar menyimpan barang sekolah dan barang peribadi mereka di sekolah dengan rapi.
Ini juga memudahkan para pelajar untuk penyediaan proses pembelajaran kerana dengan
adanya loker loker seperti in,isu isu normal seperti tertinggal buku di rumah juga dapat dielakkan. Ini
juga dapat membuatkan kelas tersebut nampak lebih rapi dan bersih untuk persekitaran di dalam
kelas.

CADANGAN TEKNIK -TEKNIK YANG BERKESAN YANG DIPRAKTIKAN
DI DALAM KELAS DI LUAR NEGARA UNTUK DIGUNAPAKAI DI
SEKOLAH DI MALAYSIA

Pembelajaran tanpa kasut-menurut Heppell, di Scandinavia,kebanyakan sekolah mempraktikkan
 teknik ini kerana ia memberi suasana yang selesa seperti di rumah.

Kemudahan teknologi -Meletakkan satu komputer di dalam bilik untuk memudahkan para pelajar
  untuk mencari maklumat..Selain itu meletakkan satu TV LCD di dalam kelas juga memudahkan para
  guru untuk memaparkan video pembelajaran yang sesuai di dalam kelas(seperti yang dilakukan 
 oleh sekolah di korea)


RUMUSAN

      Dalam kajian ini, didapati kesesuaian aspek fizikal bilik darjah yang dikaji berada pada tahap
kesesuaian yang sederhana. Keselesaan pengajaran dan pembelajaran juga sederhana daripada
perspektif pelajar. Didapati juga terdapat sumbangan aspek fizikal terhadap keselesaan 
pengajaran dan pembelajaran. Tiga aspek fizikal iaitu perabot, ruang dan kualiti udara merupakan
penyumbang kepada keselesaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, dalam
memastikan keselesaan pembelajaran dan pengajaran, aspek fizikal perlu diberi perhatian dan
dirancang supaya selari dengan matlamat dan keperluan pembelajaran. Sehubungan dengan itu,
penilaian persekitaran pembelajaran perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan
merangkumi pelbagai aspek bagi mendapat maklumat yang lebih tepat bagi tujuan penambahbaikan

Selain itu, daripada hasil kajian dan interpretasi kesemua data yang diperoleh, dapat dirumuskan
bahawa interaksi yang berlaku semasa proses (P&P)  adalah dua hala iaitu guru sering bertanyakan
soalan kepada pelajar dan guru menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan. Selain itu,
interaksi sehala yang diaplikasikan di SMK Taman Desa Rawang adalah sehala iaitu melalui 
pembentangan pelajar di dalam kelas. Hal ini menunjukkan bahawa jenis interaksi yang digunapakai
adalah sehala, interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan  interaksi dua hala antara pelajar
dengan pelajar.

Akhir sekali, daripada dapatan kajian yang dijalankan dari segi iklim fizikal, sosial, emosi dan
penyusunan bilik darjah yang positif, pengkaji mendapati guru di SMK Taman Desa Rawang merasakan
bilik darjah selesa serta dilengkapi dengan peredaran udara yang baik dan pancaran cahaya yang
mencukupi. Guru-guru merancang perhiasan bilik darjah pada setiap sesi awal persekolahan supaya 
perhiasan lama di dalam bilik darjah dapat dihiaskan semula. Selain itu, dapatan lain yang pengkaji
dapat adalah pelajar tidak selesa berada di bilik darjah kerana kebersihan bilik darjah yang tidak
terjaga dan pelajar tidak selesa belajar di dalam bilik darjah kerana keadaan meja yang sudah rosak
dan merbahaya










Comments

Popular Posts